salam'alaik....
Kita sebagai manusia biasa tidak akan pernah tahu bila kita akan diuji oleh Allah SWT. Kadang2 ujian yang datang menerjah membuatkan kita sering berputus asa dan kecewa. Mungkin ramai yang merungut apabila ditimpa sesuatu musibah dan ujian dariNYA.
Ingatlah wahai sahabat-sahabat sekalian..
Allah berfirman yang bermaksud :
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (al-baqarah 2:286)
Jika seseorang ditimpa ujian, janganlah kamu mengeluh kerana sebenarnya kamu mampu menghadapinya. Allah turunkan ujian dan dugaaan kepadamu kerana sesungguhnya DIA Yang Maha Mengetahui...Bersabarlah dalam mengharungi segala ujian hidup ini...^_^
Gembiralah kamu kerana bukan semua orang dapat merasa ujian yang Allah berikan kerana hanya kamu sahaja yang sanggup. Ujian yang diturunkan adalah untuk meninggikan darjat mu wahai sahabatku...InsyaAllah segala-galanya akan berjalan dengan lancar... =)
Sunday, December 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment