CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 15, 2011

~Keutamaan CINTA kerana ALLAH~

"Daripada Abu Muslim al-Kaulani daripada Mu`az bin Jabal r.a, ia berkata: 'Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya dengan bersabda : ' Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya'

Abu Muslim menyambung: " Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan :

'Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman : ' Cinta-ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya." "

(riwayat Ahmad)

No comments:

Post a Comment