CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 9, 2011

Apakah itu IKHLAS???

Adakah kalian mengerti apakah maknanya IKHLAS????
Mungkin ada diantara kita yang tahu maksud sebenar ikhlas...
Tapi hanya sekadar mengerti....

Ikhlas merupakan kunci amalan hati. Semua amal soleh tidak akan sempurna  tanpa dilandasi keikhlasan. sesuatu  amal yang dilakukan samada diterima ataupun tidak adalah bergantung kepada keikhlasan hamba yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T sahaja.

MAKNA IKHLAS

Ikhlas adalah dimaksudkan sebagai ucapan, perbuatan, diam, bergerak yang dirahsiakan, yang ditampakkan, hidup atau mati hanya untuk redha Allah semata.

Saudaraku tercinta, renungilah pengertian ikhlas yang diberikan para ulama iaitu:

1. Ikhlas ialah mengkhusukan tujuan semua perbuatan kepada Allah S.W.T semata. Pengkhususan ini mengharuskan tujuan perbuaatan itu hanya untukNya sahaja, bukan yang lain.

2. Ikhlas adalah melupakan pandangan manusia sehingga kita hanya melihat Sang Pencipta saja. Orang yang menangis kerana takut kepada Allah, memberikan infak, atau mengerjakan solat di tengah ribuan-bahkan jutaan-orang akan tetap ikhlas, ia tidak menggubris pandangan manusia tadi. Ia hanya melihat pandangan Allah semata.

3. Ikhlas diertikan dengan tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang, namun memaksudkan agar dilihat Allah S.W.T saja. Kita tidak akan membutuhkan orang untuk menyaksikan solah, tangis, atau haji kita- yang mungkin sudah 6 kali, demikian pula jihad kita, bahkan mungkin jilbab kita yang lebar. Cukuplah untuk kita firman Allah : "dan cukuplah Allah sebagai saksi..." (Al-Fath:28)

Namun, mengapakah harus ikhlas dalam amalan kebiasaan???
Dalilnya adalah firman Allah,

 " Katakanlah, 'Sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan padaku...." (Al-An'am: 162-163)

No comments:

Post a Comment