CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 20, 2011

sukarnya.............

Bismillah.....
Assalamualaikum.....

Ya Allah, aku memohon kepadaMu...Engkau berikanlah kekuatan dalam diri hambaMu ini...Engkau bantuilah aku dalam meneruskan kebenaran agamaMu....
Ya Aziz, Ya Qawiy, Ya Mateen, Engkau alirkan keperkasaan dan kekuatanMu dalam jiwa ini.....

seperti biasa, aku meneruskan hidup ini dengan rutin harian seperti biasa....namun pada suatu ketika aku menjadi buntu. Buntu dalam menyelesaikan masalah...mungkin kerana ilmu didada ini masih belum mencukupi, aku tidak mampu menyelesaikannya...pelbagai cara, method, procedure, telah dilakukan....byk nasihat yang telah aku minta drpda senior2 usrahku....tapi aku masih tidak mampu untuk selesaikannya....

aku sedih....
sedih kerana tidak mampu membantu dia ke arah jalan agama Allah...
walaupun aku tidak lah sebagus mana tapi aku cuba....
namun, cubaan & usahaku hanyalah sia2...
usaha aku hanya dipandang hina, diperlekehkan & dipersendakan...
aku sabar, sabar dan sabar.....
ade hikmah disebalik ape yang berlaku....

dia telah jauh terpesong ke lembah maksiat...
setiap hari ade shj perkara yg dilakukannya...
keluar dengan lelaki, mendedahkan aurat, balik lewat malam, tinggalkan solat & puasa....
dan byk lagylah....Astagfirullahalazim.....
sedih,sedih, sedih mengenangkan dosa yang ditanggungnya...
namun apakan daya....
segala teguran yang diberikan tidak diendahkan...

bagaimanakah lagi cara nya yang perlu aku lakukan???
aku tahu bahawa aku perlu yakin dengan ketentuan Allah....
aku perlu percaya bahawa semua masalah ade jalan penyelesaiannya....
aku tidak boleh berputus asa dengan rahmat ALLAH...
TAPI BAGAIMANA????
adakan mungkin usaha yang dilakukan oleh aku masih tidak mencukupi???
atau pendekatan yang aku cuba bahawakan tidak kena dengan jiwa nya????
atau dia yang tidak mahu menerimanya????

sukar....
payah....
untuk melakukan perkara yg baik...
inikn pula ingin berdakwah ke jalan Allah.......

akk usrah aku pernah cakap bahawa semua orang akan mendapat taufik & hidayah...
kita hanya boleh memberikan taufik dgn cara memberi teguran secara berhikmah, nasihat dgn penuh kasih sayang TAPI hidayah itu milik Allah...hanya Allah shj yang mampu mengurniakan hidayah kepada orang yang dikehendaki-Nya....mungkin dia telah mendapat taufik..alhamdulillah...tapi belum sampai masanya lagy untuk Allah berikan hidayah kepadanya..mungkin satu hari nanti akan dibukakan pintu hatinya oleh Allah untuk menerima Islam & mengamalkan ajaran Islam....cara yang terbaik adalah dengan memohon doa kepada Allah....Semoga Allah membuka pintu hatinya....semoga Allah juga memberi petunjuk & hidayah kepada kita juga.....

semoga segala usaha yang dilakukan adalah niat kerana Allah....
sabarlah dengan segala ujian dari-Nya kerana sesungguhnya Allah sayang pada orang yang sabar....
janganlah sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah....
InsyaAllah, setiap permasalahan akan ada jalan penyelesaiannya...Yakinlah!!!!
renung2kan~

p/s: peringatan ini adalah untuk diri saya sendiri dan semua yang membaca...

Monday, August 15, 2011

....KEMBALI...

Harapan dari setiap insan kesenangan serta ketenangan....
mengarungi hidup ini tanpa ada cubaan....
sayang harapan itu tak pasti karna cobaan akan terjadi... 
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan....
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan... 
ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah yang akan kembali kepadanya 
kapan dan dimana saja....
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan... 
agar mendapat keredhoan dan pertolongan

sayang harapan itu tak pasti karna cubaan akan terjadi ....
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan....
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan... 
ataukah terjerumus kedalam keputusasaan

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah yang akan kembali kepadanya 
kapan dan dimana saja....
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan....
agar mendapat keredhaan dan pertolongan Dalam Ujian

katakanlah kali ini adalah miliknya Allahyang akan kembali kepadanya 
kapan dan dimana saja....
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan....
agar mendapat keredhoan dan pertolongannya

katakanlah kali ini adalah miliknya Allahyang akan kembali kepadanya 
kapan dan dimana saja....
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan Dalam Ujian